Sejarah Dakar Rally

Negara-negara yang telah direntasi sepanjang acara dilangsungkan dari tahun 1979 hingga 2007 (yang jingga hanya dilalui pada acara lumba 1992 ke Cape Town).
Negara direntasi dalam litar baru Rali sejak 2009 hingga 2018 sejak atas isu keselamatan. Bandar yang disertakan adalah titik permulaan dan akhir utama.

Perlumbaan ini dicetuskan Thierry Sabine berdasarkan pengalamannya tersesat di tengah gurun Ténéré semasa berlumba dalam suatu rali dari Abidjan ke Nice pada tahun Disember 1976.[4] Acara rali ini pertama kali diadakan di Paris dengan 182 buah kenderaan turut serta dan 74 pasukan yang kekal dalam laluan sepanjang 10,000-kilometer (6,200 bt) ke Dakar, Senegal; Cyril Neveu memenangi acara pertama ini dengan motosikal Yamaha<nowiki>nya.

Acara ini semakin lama semakin dikenali meriah: bilangan penyertaan meningkat ke 216 buah kenderaan tahun 1980 dan 291 buah tahun 1981.[5]